Jaminan Harga Terbaik

Anda pasti sentiasa mendapat tawaran hebat dengan HotelClub - anda dijamin Jaminan Harga Terbaik kami.

Oleh sebab kami menghabiskan banyak masa untuk memastikan kami menawarkan tawaran hotel online yang terbaik, kami rela menjamin dengan bayaran balik wang.

Jaminan: Jika anda menempah dan membayar kadar bilik hotel yang layak di laman web HotelClub, dan kemudian mendapati jenis bilik yang sama, di hotel yang sama, pada tarikh yang sama, pada harga yang lebih rendah di laman web selain www.hotelclub.com atau www.ratestogo.com secara online, selepas cukai dan yuran dikenakan, kami akan membayar balik perbezaan kos tersebut.

Saya telah menjumpai kadar yang lebih rendah, bagaimanakah saya membuat tuntutan?

Untuk menuntut Jaminan ini, anda mesti menghantar e-mel ke Best_price@hotelclub.com pusat perkhidmatan pelanggan kami dengan butiran-butiran berikut:

  • ID tempahan anda dengan HotelClub;
  • Pautan ke laman web di mana anda menemui kadar yang lebih rendah; dan
  • Mengambil satu tangkapan layar dengan tarikh, jenis bilik dan kadar yang ditawarkan oleh laman web tersebut.

Bilakah tarikh akhir untuk penyerahan tuntutan saya?  

  • Anda mesti mesti menyerahkan tuntutan anda ke Best_price@hotelclub.com dalam masa 24 jam setelah anda melengkapkan tempahan anda.
  • Anda boleh menjangkakan tindak balas pada tuntutan anda dalam masa 72 jam.
  • Hotel mesti tersedia untuk pengesahan segera dan memaparkan kadar lebih rendah yang dituntut semasa ejen kami memerika ketersediaan.

Bagaimanakah bayaran balik diproses jika ia telah diluluskan?

Kami akan memproses bayaran balik terus ke kad kredit yang anda bekalkan sewaktu anda membuat tempahan, dalam mata wang yang sama. Bayaran balik biasanya akan muncul di penyata kad kredit anda dalam 7-10 hari perniagaan.

Terma dan Syarat Jaminan:

1. Jaminan hanya boleh digunakan:

  • untuk kadar hotel yang ditawarkan secara dalam talian kepada masyarakat umum;
  • untuk kadar hotel untuk jenis bilik yang sama, di hotel yang sama, mata wang yang sama, untuk tarikh yang sama dan termasuk semua cukai dan mempunyai dasar pembatalan yang sama;
  • untuk kadar bilik hotel sahaja dan tidak termasuk tempahan untuk pakej promosi, tawaran atau pakej berkas yang mungkin termasuk tambahan seperti tempat letak kereta, makanan atau hiburan.

2. Jaminan tidak digunakan pada:

  • bilik hotel yang ditempah melalui atau dengan gabungan penginapan kerap, loyalti, mata atau program jenis ganjaran lain, bilik yang ditempah melalui promosi kupon, dimenangi melalui pertandingan atau cepu perlumbaan atau dipindahkan, atau bilik yang ditempah di laman web yang tidak membenarkan anda untuk mengetahui nama hotel sehingga tempahan anda selesai (sebagai contoh Hotwire dan Priceline); kadar ahli atau kadar korporat; dan
  • kadar diskaun khas atau kadar yang didapati melalui laman web pembelian berkelompok termasuk tetapi tidak terhad pada Groupon, Spreets atau Living Social.

3. HotelClub berhak untuk menolak tuntutan yang tidak dapat disahkan, tuntutan yang dihantar selepas 24 jam dari masa anda membuat tempahan atau untuk tempahan di mana maklumat yang dibekalkan tidak lengkap atau tidak tepat.

4. HotelClub tidak akan bertanggungjawab atas pembayaran sebarang bayaran balik di bawah Jaminan ini berkenaan dengan kadar yang dimuat dengan ralat oleh HotelClub atau sebarang kesilapan pencetakan, tipografi, pentadbiran atau teknologi yang berkaitan dengan kadar yang dijamin oleh Jaminan.

5. Terma dan Syarat Jaminan merangkumi dan menggabungkan semua rujukan Terma dan Syarat di laman web termasuk tetapi tidak terhad pada Terma Penggunaan dan Terma dan Syarat Tempahan dan membentuk  pemahaman antara anda dan HotelClub mengenai tempahan hotel anda.

6. Tidak sah di mana dilarang undang-undang. HotelClub berhak untuk mengubahsuai atau membatal Jaminan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sebarang pengubahsuaian pada Jaminan akan menjadi efektif apabila Terma dan Syarat Jaminan yang telah diubahsuai dipaparkan di laman web HotelClub. Sebarang pembatalan pada Jaminan akan menjadi efektif apabila rujukan pada Jaminan dan Terma dan Syarat Jaminan disingkirkan dari laman web HotelClub.