Terma dan Syarat Penggunaan

Efektif 1 Ogos 2011.

Selamat datang ke HotelClub! Sila baca Terma dan Syarat Penggunaan dengan teliti sebelum menggunakan atau mendapatkan kandungan, produk, atau perkhidmatan melalui tapak web kami.

Akses ke dan penggunaan tapak ini tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat di bawah (“Terma”), yang merangkumi Dasar Privasi kami. Dengan mengakses, mengguna atau mendapatkan sebarang kandungan, atau perkhidmatan melalui Tapak ini, anda setuju untuk diikat Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan semua terma, sila jangan gunakan tapak ini.

  1. Definisi
  2. Skop dan Terma
  3. Penggunaan Tapak ini
  4. Privasi
  5. Perkhidmatan dan Kandugan
  6. Pautan ke Tapak Pihak Ketiga
  7. Harta Intelektual
  8. Pengecualian dari Waranti
  9. Pembatasan Liabiliti
  10. Ganti rugi
  11. Undang-undang Pentadbiran
  12. Umum
  13. Maklumat Perhubungan

1. DEFINISI.

Dalam dokumen ini, terma yang bermula dengan huruf besar dijelaskan di Terma atau mukadimah.

"Tempah" bermaksud untuk membuat tempahan.
Kandungan” bermaksud teks, dokumen, maklumat, data, artikel, imej, foto, grafik, perisian, aplikasi, rakaman video, rakaman audio, bunyi, reka bentuk, ciri-ciri dan material lain yang boleh didapati di Tapak. “Kandungan” juga termasuk Tanda dan Perkhidmatan.
HotelClub” atau “kami” bermaksud HotelClub dan subsidiarinya dan rakan perniagaan.
"Tanda" bermaksud tanda dagangan, tanda nama, tanda perkhidmatan, tanda pakaian, logo, grafik khas, atau ikon.
Ahli” bermaksud individu yang telah mendaftar di Tapak.
ID Ahli” bermaksud alamat e-mel yang anda gunakan (dengan kata laluan anda) untuk log masuk ke Tapak kami.
Pembekal” bermaksud pemberi lesen HotelClub, pembekal, pembekal maklumat dan pembekal perkhidmatan pelancongan dan percutian.
Perkhidmatan” bermaksud penginapan dan barangan lain yang boleh didapati melalui Tapak.
"Tapak" bermaksud tapak web ini dan sebarang tapak web sub berkenaan dengan Kandungan, Tanda, Perkhidmatan yang tersedia dari Tapak ini dan sebarang tapak web sub.
Istilah "Tapak", "Tanda", "Kandungan" dan "Perkhidmatan" tidak merangkumi tapak, tanda, kandungan, produk atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh parti pihak ketiga dan yang tersedia melalui pautan dari Tapak. Penggunaan tapak parti pihak ketiga, tanda, kandungan, produk atau perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma yang ditetapkan oleh pemilik atau operasi masing-masing.

2. SKOP DAN TERMA.

Tapak

Terma-terma ini mengawal semua penggunaan Kandungan atau Perkhidmatan anda yang tersedia melalui Tapak. Anda bersetuju untuk diikat Terma, dan untuk menggunakan Tapak ini dengan mematuhi semua undang-undang yang relevan, keputusan dan peraturan dengan ketat, dan dalam cara yang tidak menjejaskan nama baik atau reputasi HotelClub serta Pembekalnya.

Terma-Terma Tambahan

Terma-terma dan syarat-syarat tambahan seperti Jaminan Harga Terbaik, Terma dan Syarat Tempahan, Terma dan Syarat Keahlian digunakan dan anda bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat apabila anda menggunakan perkhidmatan tersebut. Terma-terma lain mungkin tersedia dari masa ke semasa, sebagai contoh, terma promosi dagangan yang anda setuju untuk patuhi semasa anda mengambil bahagian dalam promosi tersebut.

Pembatasan umur dan tanggungjawab

Jika anda menggunakanTapak ini, anda bertanggunjawab untuk mengekalkan kesulitan maklumat akaun anda dan kata laluan anda. Anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab atas segala aktiviti yang berlaku pada ID Ahli atau kata laluan anda. Anda mengaku bahawa anda adalah dalam umur sah untuk menggunakan Tapak ini dan untuk mencipta obligasi sah terikat untuk sebarang liabiliti yang anda mungkin terpaksa tanggung akibat penggunaan Tapak ini. Anda faham bahawa anda adalah bertanggungjawab dari segi kewangan atas segala penggunaan tapak ini oleh anda dan sesiapa yang menggunakan maklumat log masuk anda.
Anda mesti juga mematuhi segala arahan yang diisu oleh HotelClub berkaitan dengan penggunaan ID Ahli dan kata laluan yang berkaitan dengan Tapak atau Perkhidmatan.

3. PENGGUNAAN TAPAK INI.

Lesen

HotelClub memberikan anda lesen yang bukan eksklusif, peribadi, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disub-lesen, boleh dimansuhkan untuk menggunakan Tapak ini selaras dengan Terma-terma ini. Kecuali jika kami telah memberi anda kebenaran terlebih dahulu dan dalam tulisan, anda boleh menggunakan Tapak ini hanya untuk penggunaan peribadi, bukan komersial, dan bukannya untuk membekalkan perkhidmatan kepada pihak ketiga.

Salinan, pengedaran atau penjualan tidak dibenarkan

Anda boleh memuat turun, memaparkan, atau mencetak (1) salinan mana-mana bahagian Kandungan. Jika anda berbuat demikian, anda tidak boleh mengubah Kandungan tersebut dalam apa jua cara, dan anda mesti menghasilkan notis hak cipta HotelClub (atau notis Pembekal yang berkenaan) dalam bentuk:

© 2001 - 2011 HotelClub – Hak Cipta Terpelihara

seperti yang dipaparkan di muka surat relevan yang anda mungkin salin dan paut balik ke Tapak ini. Kecuali seperti yang diperuntukkan di atas, anda tidak boleh

  • Membuat salinan, menghasilkan semula, memuat naik, menerbitkan semula, mengedar, menghantar atau menyampaikan kepada orang awam mana-mana bahagian Kandungan dalam apa jua bentuk;
  • Menggunakan rangka atau melapik persekitaran Tapak, atau menggunakan teknik merangka lain untuk menyertakan mana-mana bahagian atau aspek Tapak, atau mereplikakan mana-mana bahagian Tapak;
  • Ubah suai, menterjemah kepada apa-apa bahasa atau bahasa komputer, atau mencipta kerja terbitan dari, mana-mana Kandungan atau mana-mana bahagian Tapak ini ;
  • Menterbalikan aturan di Tapak ini; atau
  • Menjual, membuat tawaran untuk menjual, memindahkan, atau melesenkan mana-mana bahagian Tapak dalam apa jua bentuk kepada mana-mana parti ketiga

Pembatasan Lain

Melainkan jika diperuntukkan dalam Terma-terma ini, atau melainkan jika undang-undang tertentu yang mewajibkan HotelClub untuk membenarkan anda untuk berbuat demikian, anda mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara berikut tanpa kebenaran dari HotelClub terlebih dahulu:

  • Menggunakan robot, lelabah, peranti automatik lain, atau proses manual untuk memantau Kandungan;
  • Menggunakan Tapak untuk tujuan lain selain daripada untuk membuat tempahan yang sah;
  • Menggunakan Tapak untuk membuat tempahan palsu, spekulasi atau sebarang  tempahan yang dibuat sementara menjangkakan permintaan;
  • Mengimplikasikan dalam apa jua cara bahawa HotelClub telah mengesahkan produk atau perkhidmatan anda;
  • Meletakkan maklumat palsu atau maklumat yang mengelirukan di Tapak,
  • Memaparkan atau menghantar material yang menyalahi undang-undang, mengancamkan, fitnah, lucah, tidak senonoh, pornografi atau material yang menghinakan atau sebarang material yang boleh dianggap  atau mendorong perbuatan yang dianggap kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil, atau pelanggaran sebarang undang-undang; atau untuk apa-apa tujuan lain yang menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan oleh Terma-terma ini.
  • Menggunakan atau mengakses tapak web ini dalam apa jua cara dalam pertimbangan wajar kami, akan memburukkan prestasi atau fungsi Tapak, atau sebarang sistem komputer atau rangkaian yang digunakan oleh HotelClub atau pengguna Tapak atau ahli;
  • Memuat naik atau menghantar sebarang peranti, perisian, atau rutin yang mengandungi virus, kuda troy, cecacing, bom jangka atau program komputer rutin yang akan merosakkan, menganggu atau cuba mengganggu, memintas operasi biasa Tapak kami, atau mengambil  sesuatu tanpa kebenaran dari Tapak atau sebarang sistem, atau mengambil sebarang tindakan yang membebankan kelengkapan komputer kami atau di rangkaian kami atau sebarang sistem komputer yang digunakan oleh HotelClub, atau melanggar hak pihak ketiga;
  • Menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin yang menganggu atau cuba mengganggu operasi biasa Tapak kami, atau mengambil sebarang tindakan yang membebankan kelengkapan komputer kami; atau
  • Menyamarkan asalan maklumat yang dihantar melalui tapak web

Penamatan

HotelClub, dalam budi bicara sendiri, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu atau liabiliti, berhak untuk menamatkan Terma dan/atau peruntukkan sebarang Perkhidmatan atau menyekat akses anda ke semua atau sebarang komponen Tapak pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan, termasuk sebarang penggunaan tidak wajar Tapak ini atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma-terma ini. Selepas penamatan atau penggantungan sedemikian, anda mesti menghentikan penggunaan Tapak ini serta-merta dan menghapuskan salinan yang anda telah buat berkaitan dengan Tapak. Penamatan sebegitu tidak akan menjejaskan apa-apa hak untuk mendapatkan relief di mana HotelClub dan pembekal pihak ketiga dan pengedar mungkin layak terima di sisi undang-undang atau ekuiti. Atas penamatan terma-terma ini, semua hak yang diberi kepada anda akan ditamatkan dan dikembalikan kepada HotelClub dan pembekal pihak ketiga atau pengedar yang berkaitan.

Pengubahsuaian

Sebarang aspek Tapak mungkin ditukar, ditambah, dihapuskan, dikemaskini, dihentikan, digantung atau diubahsuai pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis kepada anda. Oleh itu, anda patut memeriksa halaman ini secara tetap untuk mengkaji semula Terma yang anda terikat pada. Namun begitu, kami tidak memberi komitmen dalam pengemaskinian maklumat yang terkandung dalam Tapak ini. Anda setuju bahawa HotelClub tidak harus, setakat mana dibenarkan oleh undang-undang, menjadi terhutang kepada anda atas sebarang kelewatan atau kerosakan yang mungkin tertimbul akibat pengubahsuaian, pergantungan atau penghentian. Jika anda terus menggunakan Tapak ini selepas Terma diubah, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Terma baru dan penggunaan Tapak ini akan tertakluk kepada Terma yang berkuatkuasa pada masa penggunaan anda.

4. PRIVASI.

Penggunaan Tapak ini oleh anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami. Anda bersetuju bahawa anda telah membaca Dasar Privasi dan bersetuju bahawa dasar adalah munasabah dan boleh diterima oleh anda. Penerimaan anda terhadap Terma juga merupakan persetujuan oleh anda kepada amalan maklumat dalam Dasar Privasi kami.

5. PERKHIDMATAN DAN KANDUNGAN.

Ketersediaan

Kami akan menggunakan usaha wajar kami untuk memastikan Tapak ini tersedia 24 jam/7hari seminggu, tertakluk kepada masa rosak untuk penyenggaraan berjadual, penyenggaraan tidak berjadual, dan gangguan sistem. Kami tidak dapat berjanji bahawa akses ke Tapak tidak akan terganggu atau tersedia pada setiap waktu. Kami tidak menanggung sebarang liabiliti atau bertanggunjawab atas sebarang kelewatan, gangguan atau masa rosak.

Kandungan

Kandungan adalah bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Walaupun kami menggunakan usaha wajar untuk memastikan kualiti dan ketepatan, ralat mungkin boleh didapati atau maklumat yang dibekalkan mungkin tidak lengkap, bukan terkini atau tidak relevan untuk situasi anda. Tambahan pula, maklumat yang dibekalkan berkaitan dengan perkara-perkara seperti perkhidmatan, kemudahan dan lokasi adalah dibekalkan oleh penjual kepada kami. Kami tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab atas sebarang ralat atau ketinggalan. Anda bertanggungjawab dalam penilaian ketepatan, kelengkapan dan kegunaan sebarang pendapat, nasihat atau kandungan lain yang tersedia di Tapak atau apa-apa yang boleh didapati dari Tapak yang dipaut.
Anda tidak harus mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di Tapak sehingga anda menerima pengesahan mengenai transaksi anda. Jika anda belum menerima pengesahan untuk tempahan anda melalui e-mel, pertama sekali, lihat folder "spam" atau "remeh" untuk mengenalpasti bahawa ia tidak dimasukkan ke folder yang salah. Jika pengesahan masih tidak didapati, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Kami. Maklumat Perhubungan boleh didapati di bawah.

Virus

Kami cuba mengambil langkah yang wajar untuk mengecualikan virus dari Tapak tetapi tidak dapat memastikan bahawa Tapak akan sentiasa bebas dari virus atau perisian lain yang membinasakan. Anda disarankan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum memuat turun maklumat dari Tapak. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan pada kelengkapan komputer atau harta lain anda yang disebabkan oleh penggunaan Tapak atau sebarang pemuatan turun dari Tapak.

Transaksi Kad Kredit

Anda bertanggungjawab untuk melindungi kad kredit anda dari penggunaan tanpa izin dan anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan sentiasa menanggung kerugian HotelClub dan subsidiarinya terhadap sebarang tuntutan, permintaan dan kerugian yang disebabkan oleh anda akibat penggunaan tanpa izin kad kredit anda.
Jika Anda ("Pemegang Kad")  mempertikaikan sebarang caj yang dikenakan ke atas kad kredit/debit Anda dan caj tersebut adalah berkenaan dengan tempahan produk atau perkhidmatan melalui Tapak, Anda bersetuju untuk memaklumkan HotelClub dalam tempoh 10 hari dari tarikh pemfailan pertikaian tersebut. Anda bersetuju bahawa HotelClub mempunyai kuasa penuh seperti mana yang dimiliki oleh pembekal HotelClub dalam pengumpulan amaun yang dihutang untuk produk atau perkhidmatan yang ditempah melalui Tapak dari bank/syarikat kad kredit anda atau melalui mahkamah/agensi kutipan.

6. PAUTAN KE TAPAK PIHAK KETIGA.

Pautan Keluar

Untuk kemudahan anda, Tapak kami telah menyediakan pautan ke tapak web lain. Apabila anda klik pada salah satu pautan, anda akan dibawa ke tapak web lain. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan di mana-mana tapak web pihak ketiga atau sebarang hiperpautan yang terkandung di tapak web pihak ketiga yang terpaut. Perangkuman sebarang pautan tidak menandakan bahawa HotelClub dan subsidiari HotelClub menyokong tapak pihak ketiga yang terpaut. Sebarang pautan dalam Tapak yang membawa anda ke tapak pihak ketiga adalah diakses sepenuhnya atas risiko anda sendiri. Anda harus membaca terma dan syarat penggunaan tapak-tapak ini kerana lawatan anda ke tapak lain adalah tertakluk kepada terma-terma tersebut.

Pautan Masuk

Kami mengalu-alukan pautan dari tapak pihak ketiga ke Tapak kami, melalui pautan teks biasa dengan syarat (a) anda menghentikan penyediaan pautan jika diminta oleh HotelClub; (b) anda tidak mengimplikasikan bahawa HotelClub menyokong sebarang produk atau perkhidmatan anda atau HotelClub adalah berkaitan dengan anda, (c) anda tidak memperkenalkan HotelClub dalam cahaya yang salah atau membekalkan maklumat yang mengelirukan atau palsu mengenai HotelClub atau Tapak atau Perkhidmatan HotelClub, (d) anda tidak mengalihkan atau menyembunyikan notis hak milik atau notis lain di Tapak ini; (e) anda tidak menggunakan sebarang Tanda HotelClub; dan (f) anda tidak mereplikakan, membingkaikan atau meniru kandungan Tapak. Kami menyimpan hak untuk meminta anda untuk mengalihkan pautan di Tapak atas budi bicara mutlak.

7. HARTA INTELEKTUAL.

Hak Pemilikan

Tapak ini adalah harta milikan tunggal dan eksklusif kepada HotelClub atau pemberi lesennya. HotelClub dan pemberi lesennya menyimpan semua hakmilik dan kepentingan (termasuk semua hak cipta, tanda dagangan, paten, rahsia perniagaan, dan hak harta intelektual lain) di Tapak. Tapak ini dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, paten, rahsia perniagaan, persaingan tidak adil dan undang-undang lain serata dunia melalui penggunaan undang-undang tempatan atau triti antarabangsa. Sebarang penggunaan tidak sah, penyalinan atau pengubahsuaian Tapak ini mungkin akan melanggar undang-undang yang berkenaan.

Tanda Dagangan

HOTELCLUB, RATESTOGO, ORBITZ, EBOOKERS dan semua Tanda lain yang muncul, dipaparkan, atau digunakan di Tapak adalah berdaftar atau merupakan tanda dagangan common law atau cap perkhidmatan HotelClub dan Pembekalnya. Tanda-tanda ini tidak boleh disalin, dimuat-turun, diagihkan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari HotelClub atau Pembekal relevan kecuali sebagai sebahagian daripada sebarang salinan kandungan yang dibenarkan.

Komen dan Penyerahan Anda

Sebarang komunikasi atau material yang dihantar ke HotelClub melalui Tapak, dari mel elektronik atau sebaliknya, termasuk sebarang data, soalan, komen, penarafan hotel atau tempat tarikan, cadangan, idea atau yang serupa ("Komunikasi atau Material") akan dianggap bukan sulit dan bukan proprietari. Anda boleh menghantar Komunikasi atau Material ke Tapak ini dengan pematuhan Seksyen 3 Terma ini dan juga syarat-syarat berikut:

  • Anda bukan berumur 18 tahun dan ke bawah.
  • Dengan menyerah kepada kami secara sukarela atau dengan memaparkan sebarang Komunikasi atau Material di Tapak, ia menandakan anda memberi hak kepada HotelClub dan semua pengguna Tapak. Hak tersebut adalah untuk seluruh dunia, bukan eksklusif, bebas royalti, berterusan, tidak boleh ditarik balik, dan boleh disub-lesenkan untuk digunakan, menghasilkan semula, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, dikomunikasikan kepada orang awam, mencipta kerja-kerja terbitan , mengedar, melakukan apa-apa tindakan yang mungkin melanggar hak moral dan memaparkan Komunikasi atau Material dalam apa-apa bentuk, media atau teknologi untuk tempoh masa yang tidak terhad.
  • Anda mewakili dan menjamin kepada kami bahawa, pada pengetahuan anda, sebarang Komunikasi atau Material yang diserahkan oleh anda adalah kerja asal anda sendiri, dicipta oleh anda dan tiada orang lain mempunyai kepentingan atau tuntutan terhadap Komunikasi atau Material.
  • Anda tidak harus menyerahkan sebarang Material yang menyalahi hak cipta, tanda dangangan, hak sulit diri, publisiti atau hak harta intelektual lain atau hak sesiapa atau mana-mana entiti.

Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang Komunikasi atau Material yang dipaparkan atau diserahkan atau atas pengembalian Komunikasi atau Material. Kami mahukan maklum balas anda dan menghargai idea dan cadangan anda tetapi kami tidak dapat membalas setiap komen dan tidak diwajibkan dalam apa jua cara untuk menerima, memapar atau menjawab Komunikasi atau Material anda. Anda sedar bahawa HotelClub tidak mengkaji, memeriksa atau menjalankan penyeliaan langsung atau kawalan terhadap Komunikasi atau Material yang anda atau orang lain papar ke Tapak ini atau membuat pautan padanya. Kami berhak untuk menolak hak akses sesiapa sahaja atau menghapuskan sebarang material yang dipaparkan oleh sesiapa sahaja untuk sebarang sebab tanpa sebarang notis. Kami mungkin, dalam budi bicara mutlak kami, menamatkan, menggantungkan atau mengehadkan pengaksesan anda dalam sebahagian atau seluruh Tapak ini.

8. PENGECUALIAN DARI WARANTI.

Kecuali jika dinyatakan dengan jelas dan tertakluk kepada syarat di bawah, HotelClub dan mana-mana pembekal pihak ketiga dan pengedar tidak membuat sebarang jaminanan berkaitan dengan Tapak dan/atau material yang disediakan di Tapak ini, di mana semua yang disediakan adalah dalam keadaan yang "sedia ada". HotelClub dan mana-mana pembekal pihak ketiga tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan, mata wang atau kebolehpercayaan sebarang kandungan atau data yang ditemui di Tapak ini dan pihak-pihak tersebut menafikan semua waranti dan syarat tidak kira apa jenisnya. HotelClub mahupun mana-mana pembekal pihak ketiga atau pengedar tidak menjamin bahawa Tapak ini, pelayan tapak ini atau sebarang e-mel yang dihantar oleh HotelClub adalah bebas dari virus atau komponen lain yang berbahaya. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini mengehadkan, mengecualikan atau mengubahsuai atau bertujuan untuk mengehadkan sebarang jaminan berkanun pelanggan atau sebarang syarat yang tersirat atau jaminan pengecualian di mana ia akan melanggar sebarang statut atau menyebabkan mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini menjadi tidak sah (“Jaminan yang Tidak boleh Dikecualikan“). Tertakluk kepada pembatasan ayat sebelum ini, HotelClub mengecualikan semua syarat, waranti dan terma yang tersirat dalam statut, undang-undang umum atau resam berkaitan dengan semua perkhidmatan, maklumat dan material lain yang disediakan atau ingin disediakan melalui Tapak. Kecuali untuk liabiliti berkenaan Jaminan yang Tidak boleh Dikecualikan, HotelClub (termasuk pegawai, pekerja dan ejen HotelClub) mengecualikan semua liabiliti yang timbul di tort (termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian) kontrak atau sebaliknya, untuk sebarang kecederaan peribadi atau sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan peluang atau kerugian keuntungan) sama ada secara langsung, tidak langsung, khas atau merupakan akibat, yang tertimbul akibat penggunaan tapak web ini dalam apa jua cara.

9. PEMBATASAN LIABILTI.

HotelClub tidak akan bertanggungjawab  atas sebarang kerosakan, atau virus yang mungkin menjangkit peralatan komputer atau harta lain disebabkan pengaksesan, penggunaan, atau penyemakan anda di Tapak ini atau pemuatan sebarang material, data, teks atau imej dari Tapak oleh anda. Selain daripada liabiliti untuk Syarat yang Tidak boleh Dikecualikan, HotelClub atau mana-mana pembekal pihak ketiga atau pengedar mengecualikan semua liabiliti sama ada tertimbul di tort (termasuk kecuaian tanpa batasan), kontrak atau sebaliknya untuk sebarang kecederaan peribadi atau sebarang kerugian atau kerosakan lain (termasuk kerugian peluang atau kerugian keuntungan tanpa batasan) sama ada secara langsung, tidak langsung, khas atau merupakan akibat, tertimbul dalam apa jua cara termasuk tanpa had, pada yang berikut: (i) sebarang penggunaan Tapak ini atau kandungan yang dijumpai di sini, (ii)sebarang masalah teknikal, kepincangan, kegagalan atau kelewatan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada penggunaan atau ketidakmampuan untuk mengguna sebarang komponen di Tapak ini untuk tempahan atau tiket), (iii) pelaksanaan atau tanpa pelaksanaan oleh HotelClub atau mana-mana pembekal pihak ketiga atau pengedar, walaupun pihak tersebut telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan pada pihak atau mana-mana pihak lain; dan/atau (iv) kegagalan pelaksanaan, ralat, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, virus komputer, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan atau akses tanpa izin, perubahan atau penggunaan rekod.

Jika, tidak mempedulikan apa yang dinyatakan sebelum ini, HotelClub atau mana-mana pembekal pihak ketiga atau pengedar harus bertanggungjawab terhadap anda atas pelanggaran apa-apa syarat selain daripada Syarat Tidak boleh Dikecualikan, HotelClub dan pembekal pihak ketiga dan pengedar mengehadkan liabiliti mereka kepada anda untuk pelanggaran tersebut, pada pilihan HotelClub, sama ada untuk membekal sekali lagi, atau membayar kos untuk membekal sekali lagi, perkhidmatan tersebut, berkenaan pelanggaran yang berlaku. Dalam budi bicara sendiri, selain hak atau remedi yang tersedia untuk HotelClub dan tanpa sebarang liabiliti, HotelClub pada bila-bila masa dan tanpa sebarang notis boleh menamatkan atau mengehadkan akses anda ke sebarang komponen Tapak ini.

10. GANTI RUGI.

Anda harus mempertahankan dan menanggung kerugian HotelClub dan mana-mana pembekal pihak ketiga dan pengedar dan pegawai mereka, pengarah, pekerja dan ejen dari dan terhadap sebarang tuntutan, kuasa tindakan atau permintaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan akaun yang munasabah, yang disebabkan oleh anda atau bagi pihak anda yang melebihi liabiliti yang digambarkan di sini atas sebarang tindakan yang difailkan atau dimulakan oleh pihak ketiga terhadap HotelClub akibat (1) pelanggaran Terma atau dokumen yang membentuk sebahagian daripada Terma melalui rujukan oleh anda, (2) pelanggaran sebarang undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda atau (3) penggunaan tapak web kami oleh anda.

11. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN.

Perjanjian ini dan pelaksanaanya harus ditadbir oleh undang-undang New South Wales, Australia, tanpa mengambil kira konflik peruntukan undang-undang. Anda bersetuju dan menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri dan persekutuan yang terletak di New South Wales, Australia, untuk semua soalan dan kontroversi yang tertimbul akibat penggunaan Tapak ini dan Perjanjian ini.

12. UMUM.

Anda tidak boleh menguntukkan, memindahkan, memberikan subkontrak atau mengutus hak, tugas atau kewajipan anda di bawah ini. Terma dan syarat ini hendaklah disifatkan sebagai boleh asing. Jika sebarang peruntukan yang ditentukan tidak dapat dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut harus dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang digunapakai dan penentuan tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukkan lain. Terma ini, bersama dengan terma dan syarat yang terkandung atau dirujuk di sini membentuk seluruh perjanjian kami berkenaan perkara pokok dan menggantikan sebarang pemahaman atau perjanjian (sama ada lisan atau bertulis) berkenaan perkara pokok dan tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dalam tulisan atau dengan membuat pemindaan atau pengubahsuaian tersedia di Tapak web ini.

13. MAKLUMAT PERHUBUNGAN.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauaan mengenai Terma ini atau anda memerlukan bantuan selanjutnya berhubung dengan pengaksesan atau penggunaan Tapak atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh HotelClub, anda boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan  kami seperti yang tertera di bawah. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab soalan anda secepat mungkin sejurus menerima mereka.
Emel: customer_service@hotelclub.com