Dasar Privasi

Dasar Privasi

Berkuatkuasa 12 September 2014

HotelClub komited dalam memelihara dan menjamin privasi anda.

HotelClub terikat dengan Dasar Privasi Australia (APP”), yang terkandung di dalam Akta Privasi 1988. Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan kami. Dasar Privasi ini menjelaskan tentang jenis maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan dan cara kami menggunakan, menyimpan dan mendedahkan maklumat peribadi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dasar privasi ini, sila hubungi kami menggunakan butiran di bawah.

1.   Pentakrifan

Dalam Dasar Privasi ini, terma yang bermula dengan huruf besar ditakrifkan di dalam Seksyen 1 atau di dalam kata pengantar.

"Rakan Gabungan dan Perniagaan" bermaksud syarikat lain yang mempunyai kaitan atau kontrak dengan HotelClub.

Untuk "Tempah" bermaksud untuk membuat tempahan.

"Kuki" bermaksud fail kecil pada komputer kecil yang dihantar daripada pelayan web kami kepada komputer Pelanggan, Ahli atau Tetamu dengan tujuan untuk mengecam komputer tersebut pada kunjungan ke Laman Web kami di masa akan datang.

"Tetamu" bermaksud individu yang boleh mencari dan menempah Produk atau Perkhidmatan pada Laman Web kami tanpa menjadi Ahli.

"HotelClub”, “kami”, “milik kami”, atau "pihak kami" bermaksud HotelClub Pty Ltd serta badan korporat yang berkaitan dengannya.

"Ahli" bermaksud individu yang berdaftar dengan Laman Web. Ahli mempunyai ID Ahli dan kata laluan.

"ID Ahli" bermaksud alamat e-mel yang anda gunakan (dengan kata laluan anda) untuk log masuk ke Laman Web kami.

“Teg Piksel” bermaksud grafik halus dengan pengenal pasti unik, mempunyai fungsi yang sama seperti kuki, dan digunakan untuk menjejak pergerakan dalam talian pengguna web. Berbeza dengan kuki, yang disimpan pada pemacu keras komputer pengguna, teg piksel terbenam secara halimunan pada laman web dan mempunyai saiz yang hampir sama dengan tanda noktah di penghujung ayat ini.

"Produk atau Perkhidmatan" bermaksud penginapan hotel dan mana-mana item lain yang tersedia daripada Laman Web.

"Data Sesi" bermaksud maklumat tentang penggunaan dan peranti, umpamanya jenis pelayar internet dan sistem pengendalian yang digunakan oleh seseorang individu, alamat IP peranti individu itu, nama domain laman web asal individu itu, tarikh, masa dan durasi individu tersebut mengunjungi Laman Web kami, bilangan kunjungan ke Laman Web kami, halaman yang dilihat pada Laman Web kami, kuki yang terkumpul menerusi pelayar individu itu, jenis peranti yang individu itu gunakan dan identiti unik bagi peranti individu tersebut.

"Pelanggan" bermaksud individu yang memilih untuk menerima tawaran atau promosi melalui e-mel atau sebaliknya daripada HotelClub tanpa menjadi Ahli atau Tetamu.

"Pengguna" bermaksud Tetamu atau Ahli.

"Laman Web" bermaksud laman web HotelClub.com dan aplikasi mudah alih HotelClub serta laman web sampingannya masing-masing berserta kandungan, Produk dan Perkhidmatan masing-masing yang tersedia daripada laman web/aplikasi atau laman web sampingan tersebut.

2.   Maklumat peribadi yang kami kumpul

Kami mengumpulkan data peribadi daripada anda bagi tujuan untuk menyediakan Produk atau Perkhidmatan atau apabila anda mempunyai urus niaga lain dengan kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda agar membolehkan anda mendaftar sebagai Ahli, menjadi Pelanggan, melengkapkan borang pendaftaran dalam talian, turut serta di dalam tinjauan atau pertandingan, menerima khidmat pelanggan kami, bertanyakan soalan atau memulakan transaksi pada Laman Web, melalui telefon atau e-mel.

Sebagai contoh, kami mungkin mengumpulkan butiran termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, nombor serta tarikh luput kad kredit anda, serta butiran hotel dan perjalanan anda yang lain. Kami juga boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda daripada orang lain yang membuat tempahan bagi pihak anda.

Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda sekiranya anda menghantar ulasan pada Laman Web kami. Dengan melakukannya, anda sedia maklum bahawa sebarang maklumat yang anda serahkan boleh dibaca, dikumpulkan atau digunakan oleh pengguna lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas maklumat peribadi yang anda pilih untuk hantarkan di dalam ulasan tersebut dan pendedahan yang anda buat ke atas maklumat peribadi tersebut adalah secara sukarela. Sekiranya anda berhasrat untuk meminta agar maklumat peribadi anda dikeluarkan daripada ulasan anda, anda boleh melakukannya dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin tidak boleh menghapuskan maklumat peribadi anda, di mana dalam keadaan itu kami akan memberitahu anda jika kami tidak dapat melakukannya dan memberikan alasan.

Anda boleh mengunjungi kawasan tertentu daripada Laman Web kami tanpa mendedahkan siapa anda atau mendaftar masuk. Apabila anda mengunjungi Laman Web kami sebagai Tetamu, Ahli atau Pelanggan, kami mengumpul Data Sesi menerusi alat analitik, Kuki dan Teg Piksel seperti dibincangkan di bawah.

Alat analitik, Kuki dan Teg Piksel

Kami mengumpulkan maklumat tambahan mengenai interaksi anda dengan Laman Web tanpa mengenal pasti anda sebagai individu. Sebagai contoh, kami menggunakan teknologi seperti alat analitik laman web, kuki dan teg piksel untuk mengumpulkan Data Sesi bagi tujuan membantu kami mengecam anda apabila anda mengunjungi Laman Web kami semula dan bagi membantu kami menyesuaikan pengalaman dalam talian anda. Melainkan seseorang pengguna memaklumkan identiti mereka secara khusus kepada kami (cth. melalui pendaftaran dengan kami atau mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan kelayakan akaun media sosial anda), kami tidak akan mengetahui pengguna tersebut secara individu.

Kebanyakan pelayar Internet akan menerima Kuki secara automatik. Anda boleh mengarahkan pelayar anda, dengan menyunting pilihan-pilihannya, untuk berhenti menerima Kuki atau memberi peringatan sebelum anda menerima Kuki daripada laman web yang anda kunjungi.

Sekiranya anda memutuskan untuk tidak menerima Kuki kami, anda boleh mengakses bahagian-bahagian daripada Laman Web kami yang tersedia untuk orang ramai, namun anda mungkin tidak dapat mengakses kebanyakan daripada Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web kami.

Di samping itu, kami menerima maklumat piawaian tertentu yang dihantar oleh pelayar anda kepada setiap laman web yang anda kunjungi, umpamanya alamat IP anda, jenis dan bahasa pelayar, masa ia diakses serta alamat laman web yang dirujuk. Kami juga menyampaikan iklan dan menyediakan alat analitik laman web pada laman web dan perkhidmatan bukan HotelClub, malah kami juga mengumpulkan maklumat seperti halaman yang dilihat pada laman pihak ketiga tersebut.

Apabila anda menerima surat berita atau e-mel promosi daripada HotelClub, kami mungkin menggunakan pautan tersuai atau teknologi serupa untuk menentukan sama ada e-mel tersebut telah dibuka dan pautan mana yang perlu anda klik bagi menyediakan komunikasi e-mel atau maklumat lain yang lebih fokus kepada anda.

3.   Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi

Kami menggunakan maklumat peribadi untuk:

  • menyediakan Produk atau Perkhidmatan kepada anda;
  • membantu dalam membuat persiapan dan tempahan dengan pembekal yang mempunyai kaitan dengan peruntukan terhadap sesuatu Produk dan Perkhidmatan;
  • menghantar maklumat mengenai Produk atau Perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda termasuk maklumat tentang rakan Gabungan dan Perniagaan kami kepada anda;
  • memproses dan menjejaki transaksi anda;
  • mengumpul dan memproses bayaran, menerusi kami atau pihak ketiga;
  • memudahkan penyertaan anda di dalam program keahlian kami;
  • menjalankan pertandingan atau promosi bagi pihak HotelClub dan pihak ketiga terpilih;
  • membangunkan, meningkatkan, memasarkan, menjual, menyediakan Produk atau Perkhidmatan kami, atau daripada syarikat di mana kami mempunyai hubungan komersil, tetapi hanya setelah mendapat kebenaran anda untuk melakukannya atau sekiranya kami boleh melakukannya di bawah undang-undang yang berkaitan;
  • menjalankan segala tugasan pentadbiran dan pengendalian lain (termasuk pengurusan risiko, pembangunan dan pengujian sistem, latihan kakitangan, dan kajian pasaran atau kepuasan pelanggan);
  • menentusahkan identiti anda;
  • berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, mel atau telefon;
  • menganalisis dan menguruskan penggunaan Laman Web kami;
  • menjadikan perkhidmatan yang kami berikan kepada anda lebih peribadi, menyesuaikan pengalaman anda di Laman Web kami mengikut kepentingan anda dan membuat lebih banyak rancangan perjalanan yang lebih sesuai;
  • menyiasat, mengesan dan melindungi HotelClub daripada ralat, kecuaian, perlanggaran kontrak, penipuan, kecurian dan aktiviti tidak sah lain;
  • melaksanakan transaksi korporat berhubung dengan jualan, penggabungan, keluaran sampingan atau penyusunan semula korporat lain bagi perbadanan kami, di mana maklumat tersebut disediakan kepada entiti pengawalan baharu bagi tujuan perniagaan biasa;
  • sebagaimana sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang; atau
  • untuk sebarang tujuan lain yang telah anda persetujui.

Penggunaan Maklumat Terkumpul dan Data Sesi

Kami juga menggunakan maklumat terkumpul (iaitu maklumat yang direkodkan di dalam apa jua bentuk mengenai lebih daripada seorang individu) di mana identiti individu itu tidak diketahui dan tidak boleh disimpulkan daripada maklumat tersebut. Kami mungkin menggunakan maklumat terkumpul untuk menjelaskan pangkalan Pengguna kami kepada bakal rakan kongsi, pelabur dan pengiklan, selepas tinjauan, untuk memahami dan memberi respons terhadap keperluan dan keutamaan pasaran, atau membuat saranan kepada Pengguna Laman Web kami yang lain. Sebagai contoh, sekiranya Pengguna Laman Web kami yang telah mengembara ke destinasi tertentu dan memberitahu kami bahawa mereka telah mendapat pengalaman positif di hotel yang berada di dalam destinasi berkenaan, kami mungkin akan mencadangkan hotel tersebut.

Kami bekerjasama dengan pihak ketiga demi menyajikan iklan pada Laman Web kami dan pada laman yang dimiliki atau dikendalikan oleh syarikat lain. Pelayan iklan kami, dan yang berkhidmat dengan rakan kongsi kami, menggunakan Kuki dan Teg Piksel bagi mengenal pasti pelayar anda secara tanpa nama. Sesetengah syarikat pengiklanan pihak ketiga, mungkin menggabungkan maklumat tanpa nama yang diperoleh berhubung dengan aktiviti pada Laman Web kami dengan maklumat yang diperoleh daripada sumber dan/atau laman lain. Kami tidak menggunakan atau berkongsi sebarang maklumat dengan mana-mana rakan pelayan iklan, rakan media atau rangkaian iklan kami tanpa kebenaran anda.

Kami menggunakan Data Sesi tanpa nama, umpamanya destinasi carian anda, dengan tujuan untuk mengiklankan anda pada Laman Web kami atau laman web lain. Kami tidak menjual Data Sesi anda kepada mana-mana pihak lain berhubung dengan program iklan kami tetapi kami mungkin menggunakannya dengan tujuan untuk menjalankan iklan bagi pihak orang lain, umpamanya pembekal pelancongan. Sebagai contoh, kami mungkin menyajikan iklan bagi pihak sesebuah hotel kepada anda semasa anda berada di laman lain. Dalam keadaan sedemikian, kami menggunakan pihak ketiga untuk mengenal pasti pelayar anda secara tanpa nama semasa anda berada di laman web lain. Anda boleh pilih keluar daripada jenis pengiklanan ini dengan mengklik di sini dan di sini. Dengan memilih keluar jenis pengiklanan ini anda masih menerima iklan daripada HotelClub atau daripada pihak lain yang disasarkan secara meluas (tidak berdasarkan Data Sesi anda).

4.   Pendedahan kami terhadap maklumat peribadi

Dari semasa ke semasa, kami akan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti berikut:

  • Kepada pembekal Produk atau Perkhidmatan kami, seperti penyedia perkhidmatan hotel dan penginapan;
  • Kepada organisasi yang menjalankan perkhidmatan untuk atau bagi pihak HotelClub, sebagai contoh untuk menyediakan khidmat pelanggan, memproses kad kredit, menghantar komunikasi e-mel kepada anda bagi pihak kami, untuk penyelidikan, pemasaran, pemprosesan data, mengukur penggunaan Laman Web kami, memudahkan penggunaan oleh Pengguna, atau menawarkan perkhidmatan kad kredit atau menilai kepercayaan kredit anda. Kami cuma akan berkongsikan maklumat peribadi yang diperlukan sahaja dengan syarikat sedemikian untuk melakukan tugas bagi pihak kami.
  • Untuk berkolaborasi dengan syarikat lain dalam menawarkan Produk atau Perkhidmatan tambahan kepada anda, sebagai contoh, menerusi promosi. Sekiranya anda meminta Produk dan Perkhidmatan tersebut, kami akan berkongsikan maklumat peribadi yang diperlukan agar syarikat lain tersebut dapat menyediakan Produk atau Permintaan yang telah anda minta. Dasar Privasi ini tidak merangkumi penggunaan maklumat peribadi anda oleh syarikat lain tersebut. Kami menggalakkan supaya anda membaca dasar privasi syarikat sebelum meminta mana-mana produk atau perkhidmatannya;
  • Untuk melindungi Laman Web serta hak kami di bawah Terma dan Syarat Penggunaan kami;
  • Untuk melindungi hak atau harta benda HotelClub, termasuk menguatkuasakan perjanjian atau dasar kami dalam mengawal penggunaan anda terhadap Produk atau Perkhidmatan atau bila-bila perlu membenarkan kami supaya meneruskan pemulihan yang tersedia atau mengehadkan sebarang kerosakan yang mungkin kami alami;
  • Untuk melaksanakan transaksi korporat berhubung dengan jualan, penggabungan, keluaran sampingan atau penyusunan semula korporat lain bagi perbadanan kami, di mana maklumat tersebut disediakan kepada entiti pengawalan baharu bagi tujuan perniagaan biasa; dan
  • Kepada syarikat insurans dan agensi kawal selia kami.

Kami mungkin dengan kebenaran anda mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan sekunder atau jika pendedahan tersebut dituntut atau dibenarkan oleh undang-undang atau perintah mahkamah/tribunal.

Pendedahan maklumat peribadi merentasi sempadan

Sesetengah penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang kami dedahkan maklumat peribadi anda mungkin berada di Amerika Syarikat, United Kingdom, Filipina dan India. Maklumat peribadi anda hanya akan diberikan kepada organisasi tersebut sekiranya mereka bersetuju untuk menggunakan maklumat sedemikian semata-mata untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kepada HotelClub, dan atas arahan HotelClub, dan sehubungan dengan maklumat tersebut, untuk sentiasa bertindak dengan mematuhi APP, Dasar Privasi ini dan undang-undang yang berkaitan.

Maklumat peribadi anda juga mungkin akan didedahkan kepada badan-badan korporat yang mempunyai kaitan dengan HotelClub yang berada di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Hong Kong, Singapura dan China. Secara umumnya, kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada entiti luar negara tersebut berhubung dengan memudahkan tempahan perjalanan anda dan/atau untuk membolehkan mereka menjalankan perkhidmatan pentadbiran dan teknikal bagi pihak kami.

5.   Bagaimana kami membendung dan menyimpan maklumat peribadi

Kami membendung maklumat peribadi anda di dalam pangkalan data kami dengan mematuhi dasar pengurusan rekod kami dan undang-undang yang berkaitan. Tempoh ini mungkin dilanjutkan melepasi tarikh akhir hubungan anda bersama kami, namun ia hanyalah setakat yang diperlukan untuk kami memenuhi tujuan di mana maklumat peribadi anda dikumpulkan – ini mungkin termasuk memastikan supaya kami mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menjawab sebarang isu yang mungkin berbangkit selepas itu. Sebagai contoh, kami mungkin perlu atau dituntut supaya membendung maklumat agar anda boleh mendapat kredit ke atas perjalanan yang telah anda Tempah namun terpaksa dibatalkan. Kami juga mungkin perlu membendung maklumat tertentu bagi mencegah aktiviti penipuan, melindungi diri kami daripada liabiliti, membenarkan kami meneruskan pemulihan yang tersedia atau mengehadkan sebarang kerosakan yang mungkin kami alami, atau bila mana dituntut oleh undang-undang, kawal selia, peraturan atau garis panduan.

Maklumat Peribadi anda akan disimpan di lokasi yang selamat dan pada pelayan yang dikawal oleh HotelClub, yang berada sama ada di pejabat kami atau di pejabat penyedia perkhidmatan kami.

6.   Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi

HotelClub menggunakan perlindungan fizikal, pentadbiran dan teknikal untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi daripada akses tanpa izin, salah guna, kerugian dan campur tangan, dan mengkaji semula dasar keselamatan kami dengan kerap.

Sekiranya anda memilih untuk menghubungi HotelClub menerusi Laman Web kami, anda harus menyedari bahawa sebarang maklumat yang disalurkan secara elektronik melalui Jaringan Sejagat (www) mungkin tidak selamat. HotelClub tidak memikul liabiliti di atas kehilangan sebarang maklumat yang anda salurkan kepada kami melalui Jaringan Sejagat. Bagaimanapun, seandainya anda memilih untuk membayar melalui kad kredit apabila menempah atau membuat tempahan pada Laman Web, butiran kad anda akan disulitkan untuk transaksi yang menggunakan SSL (Lapisan Soket Selamat). Butiran kad kredit hanya digunakan untuk membayar kos berkaitan penginapan yang boleh ditempah menerusi perkhidmatan kami. Butiran tersebut disimpan dengan selamat sepanjang masa, tidak digunakan atas tujuan lain dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan sama sekali.

Maklumat peribadi anda boleh disimpan di Australia dan/atau negara luar termasuk tetapi tidak terhad kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan mana-mana negara lain di mana HotelClub dan badan korporat atau penyedia perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengannya mempunyai kemudahan. HotelClub mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan supaya pihak ketiga di luar negara melindungi segala maklumat peribadi sejajar dengan APP dan Dasar Privasi ini.

7.   Cara mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda

Kami akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan supaya maklumat peribadi yang (i) kami kumpulkan adalah tepat, mutakhir dan lengkap, dan (ii) kami gunakan atau dedahkan adalah tepat, mutakhir, lengkap dan relevan berhubung dengan tujuan penggunaan atau pendedahannya.

Semua Pengguna Laman Web boleh meminta akses untuk mengemas kini atau membetulkan maklumat tentang mereka yang kami pegang dengan menghantar e-mel kepada kami di privacy@HotelClub.com.

Pada bila-bila masa, Ahli boleh melihat dan/atau mengemas kini segala maklumat peribadi di dalam profil ahli mereka. Untuk melakukannya, log masuk pada Laman Utama Keahlian dan klik pada "Profil Saya" untuk melihat dan/atau membuat perubahan yang diperlukan. Sekiranya anda berhasrat untuk membatalkan keahlian anda dengan HotelClub, cuma maklumkan kepada kami dengan menghantar e-mel ke customer_service@HotelClub.com.

8.   Pemasaran dan Privasi

Memilih keluar dan membatalkanlangganan

Anda diberikan peluang untuk “pilih keluar” daripada menerima komunikasi daripada kami atau daripada pihak ketiga yang menghantar komunikasi kepada anda mengikut Dasar Privasi ini. Sebagai contoh, anda akan diberikan pilihan untuk membatalkan langganan daripada surat berita, e-mel dan bahan pemasaran dan promosi lain yang dihantar oleh kami. Anda boleh “pilih keluar” daripada menerima komunikasi tersebut dengan mengklik pada pautan batal langganan di penghujung e-mel.

Pemantauan

HotelClub mungkin dari semasa ke semasa memantau dan mengkaji semula sebarang maklumat yang disalurkan atau diterima menerusi Laman Web, atau menerusi komunikasi telefon atau e-mel, untuk jaminan kualiti dan tujuan yang lain. Kami berhak untuk menapis, menyunting, mengeluarkan atau melarang transmisi atau penerimaan sebarang maklumat yang dianggap tidak sesuai oleh HotelClub atau yang melanggar Dasar Privasi ini. Semasa pemantauan, maklumat mungkin akan diperiksa, direkod atau disalin.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Untuk kemudahan anda, Laman Web kami menyediakan pautan ke laman web pihak ketiga (“Laman Terpaut”). Apabila anda mengklik pada salah satu daripada Laman Terpaut tersebut, anda akan meninggalkan Laman Web kami. Kami tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab ke atas Laman Terpaut atau dasar privasi mereka. Sebelum anda mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada Laman Terpaut, kami menasihatkan supaya anda mengkaji semula dasar privasi mereka secara teliti. Laman Terpaut tersebut mungkin mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda yang mungkin akan dikongsikan dengan HotelClub. Dasar Privasi ini akan dikenakan kepada sebarang maklumat peribadi yang kami peroleh dengan cara ini.

Laman Web Jenama Bersama

HotelClub mempunyai hubungan dengan rakan niaga dalam talian yang membenarkan Pengguna memaut secara terus ke laman web yang dikendalikan oleh rakan tersebut. Sesetengah laman web tersebut mungkin menjadi "jenama bersama" dengan logo HotelClub; bagaimanapun laman web tersebut mungkin tidak dimiliki, dikendalikan atau diselenggara oleh atau bagi pihak HotelClub.

Sebelum mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana laman jenama bersama sedemikian, anda seharusnya membaca dasar privasi berkenaan yang dilampirkan kepada laman tersebut. Laman jenama bersama tersebut boleh mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda yang mungkin akan dikongsikan dengan HotelClub. Dasar Privasi ini akan dikenakan kepada sebarang maklumat peribadi yang kami peroleh dengan cara ini.

9.   Maklumat sensitif

Kami hanya akan mengumpulkan maklumat sensitif anda dengan kebenaran anda dan bila mana ia dikehendaki untuk rancangan perjalanan anda. Kami hanya akan menggunakan dan mendedahkan maklumat sensitif anda mengikut tujuan utama ia dikumpulkan atau tujuan yang berkaitan secara terus kepada tujuan utama ini dan dijangkakan wajar. Sebaliknya, kami tidak akan mengumpul, mengguna atau mendedahkan maklumat sensitif mengenai anda kecuali dituntut oleh undang-undang untuk melakukannya. Maklumat sensitif, seperti ditakrifkan oleh undang-undang, adalah sebarang maklumat tentang bangsa atau etnik asal, pandangan politik, keahlian di dalam pertubuhan politik, kepercayaan atau pakatan ugama, kepercayaan falsafah, keahlian di dalam persatuan profesional atau perdagangan, keahlian di dalam kesatuan sekerja, orientasi atau amalan seksual, rekod jenayah, maklumat kesihatan, maklumat biometrik yang akan digunakan bagi tujuan penentusahan biometrik automatik atau pengenalan biometrik atau templat biometrik seseorang itu.

10. Maklumat tentang pengembara lain

Jika anda memberikan kami maklumat tentang orang yang mengembara bersama anda (sebagai contoh, ahli keluarga), anda harus memaklumkan mereka tentang Dasar Privasi ini dan mana-mana notis pengumpulan privasi yang kami berikan kepada anda.

11. Perubahan terhadap Dasar Privasi

HotelClub boleh meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Segala maklumat peribadi yang dipegang oleh HotelClub akan dikawal oleh Dasar Privasi yang terbaru. SILA SEMAK DASAR PRIVASI YANG DITERBITKAN PADA LAMAN WEB KAMI SECARA KERAP BAGI MEMASTIKAN SUPAYA ANDA MEMAKLUMI SEGALA PERUBAHAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI. PENGGUNAAN BERTERUSAN ANDA KE ATAS LAMAN WEB KAMI MENANDAKAN BAHAWA ANDA MENERIMA SEGALA PERUBAHAN DI DALAM DASAR PRIVASI INI. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan pada bahan, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel (pada alamat e-mel yang dinyatakan di dalam akaun anda) atau dengan memberi notis pada Laman Web kami sebelum perubahan tersebut berkuatkuasa.

Jika anda tidak dapat menerima mana-mana perubahan yang dicadangkan, anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran di bawah.

12. Cara menghubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang cara HotelClub menangani maklumat peribadi anda atau ingin membetulkan, mengemas kini atau mengakses maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda, sila hubungi kami di privacy@HotelClub.com atau HotelClub Pty Ltd, Per: Khidmat Pelanggan – Privasi, PO Box Q773, Sydney NSW 1230, Australia. Kami akan menjawab segala pertanyaan atau kebimbangan yang dihantar kepada alamat e-mel ini dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan atau sebaik sahaja ia dapat dilaksanakan. Sekiranya kami menerima permintaan anda di alamat e-mel yang berbeza, kami akan menjawabnya sebaik sahaja ia dapat dilaksanakan.

HotelClub telah dianugerahkan dengan Mohor Privasi TRUSTe yang menandakan bahawa Dasar Privasi ini serta amalan HotelClub telah diperiksa oleh TRUSTe di atas pematuhan terhadap keperluan program TRUSTe termasuklah ketelusan, kebolehpercayaan dan pilihan yang berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sebagai pihak ketiga bebas, misi TRUSTE adalah untuk mempercepatkan kepercayaan dalam talian di kalangan pengguna dan organisasi di serata dunia melalui tanda amanah privasinya yang terkemuka dan penyelesaian kepercayaan yang inovatif. Program TRUSTe hanya meliputi maklumat yang dikumpulkan menerusi Laman Web kami dan tidak meliputi maklumat yang mungkin dikumpulkan menerusi aplikasi mudah alih kami. Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai amalan privasi HotelClub, anda harus menghubungi kami terlebih dahulu. Jika dengan menghubungi kami masih tidak menyelesaikan pertanyaan atau kebimbangan anda, anda bolehlah membangkitkan pertanyaan dan kebimbangan anda kepada TRUSTe dengan mengklik di sini.

TRUSTe online privacy certification

Sekiranya tiada penyelesaian yang memuaskan pada aduan anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Privasi Persekutuan. Untuk maklumat lanjut tentang privasi, anda boleh menghubungi perkhidmatan hotline Pejabat Suruhanjaya Maklumat Australia (“OAIC”) di talian 1300 363 992 atau kunjungi laman web OAIC di www.oaic.gov.au.