Terma dan Syarat Tempahan

1. TEMPAHAN

1.1. Penyempurnaan Tempahan anda

Jika hotel yang anda tempah memerlukan anda membayar semua kos tempahan terlebih dahulu, amaun tersebut merupakan jumlah kos yang anda akan dikenakan. Jika hotel anda hanya meminta bayaran deposit ataupun sebahagian daripada jumlah kos tempahan untuk dibayar terlebih dahulu, baki jumlah kos akan dikenakan sewaktu anda daftar masuk ataupun daftar keluar dari tempat penginapan. Setelah kad kredit diproses, pengesahan tempahan akan di e-melkan kepada anda. Untuk transaksi di luar Australia, kad kredit anda akan dicaj oleh HotelClub Limited, sebahagian daripada HotelClub Pty Ltd.

1.2. Bilik, Konfigurasi Katil dan Permintaan Khas

Perminataan anda akan dikemukakan kepada hotel dan adalah tertakluk kepada ketersediaannya pada hari pendaftaran masuk. Walaupun HotelClub berusaha memastikan jenis bilik pilihan anda disediakan, kami tidak menjamin konfigurasi katil bilik tersebut. Segala permintaan lain (bilik merokok, dll) juga akan disubjekkan kepada ketersediaan dan tidak dapat dijamin oleh HotelClub.

1.3. Dasar Yuran Pembatalan

(a) Segala pembatalan atas tempahan yang dibuat harus dimaklumkan kepada kami melalui pendaftaran masuk ke “Kelab Saya”, klik pada tab “Tempahan Saya” dan klik “Batal” yang terletak di sebelah tempahan. Segelintir hotel tidak mengizinkan pembatalan secara online dan memerlukan anda untuk memanggil talian perkhidmatan pelanggan yang dipaparkan.

(b) Hotel pilihan anda biasanya akan mempunyai dasar pembatalan mereka sendiri di mana dasar tersebut akan dipaparkan oleh kami kepada anda di halaman butiran perjalanan sebelum anda membuat tempahan. Jika terdapat yuran pembatalan yang perlu dibayar, yuran pembatalan akan dikenakan ke atas ‘setiap bilik’ dan bukannya ‘setiap tempahan’. HotelClub akan memindahkan sebarang dasar atau caj yang hotel tersebut telah kenakan berkaitan dengan pembatalan kepada anda.

1.4. Caj tambahan tempatan dan cukai

Kadang-kala terdapat cukai tambahan yang dikenakan di luar negara atau caj hotel yang tidak dibayar sewaktu tempahan dibuat di laman web dan perlu dibayar oleh anda berkenaan tempahan hotel anda cth. cukai tempatan, yuran resort dll. Di mana kami sedar akan keadaan ini, kami akan membekalkan sebanyak maklumat untuk anda supaya anda akan mengetahui amaun yang perlu dibayar anda secara langsung kepada hotel pada waktu daftar masuk/daftar keluar. Walaubagaimanapun, kadar cukai tempatan mungkin berbeza dari masa ke semasa dan ini tidak dijamin oleh HotelClub.

1.5 Ketiadaan

HotelClub berusaha untuk memenuhi segala perkhidmatan yang anda minta. Sekiranya hotel yang ditempah tidak dapat membekalkan bilik kepada anda, kami akan berusaha menawarkan alternatif yang setanding dari segi harga dan taraf kepada anda. Jikalau ini berlaku, kami akan berusaha untuk menghubungi anda melalui e-mel atau telefon dan meminta kebenaran anda untuk meneruskan tempahan baru ini. Anda akan mempunyai pilihan sama ada untuk menerima penginapan alternatif ataupun untuk menerima bayaran balik jumlah wang yang anda telah bayar kami untuk tempahan asal anda.

1.6. Hak kami untuk membatal

Kami berhak untuk membatalkan tempahan hotel anda sekiranya kami telah membuat kesilapan berkaitan dengan harga penginapan anda. Kami akan memastikan anda dimaklumkan tentang kesilapan tersebut dengan secepat mungkin, sebaik saja kami sedar akan kesilapan tersebut.
Kami juga berhak untuk membatalkan tempahan anda sekiranya kami mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai tempahan yang dibuat adalah palsu. Dalam keadaan ini, kami akan cuba menghubungi anda dengan menggunakan alamat e-mel yang anda bekalkan pada waktu tempahan dibuat ataupun bank anda. Sekiranya kami gagal menghubungi anda ataupun bank anda, kami akan membatalkan tempahan anda tanpa sebarang tanggungan liabiliti.

1.7 Butiran anda

(a) Anda harus membekalkan alamat e-mel yang sah pada borang tempahan. Baucar tempahan hotel akan dihantarkan ke alamat e-mel yang diisi pada borang tempahan. Alamat e-mel tersebut juga akan digunakan untuk menghubungi anda pada masa depan mengenai tempahan anda. HotelClub tidak akan menanggung sebarang liabiliti sekiranya anda gagal memberikan alamat e-mel yang betul ataupun terlupa mengisi alamat e-mel.

(b) Untuk membuat permintaan tempahan, anda harus melengkapkan borang yang ada di laman web tanpa sebarang kesilapan. Semasa anda melengkapkan borang tersebut, anda wajib membekalkan butiran kad kredit yang anda mempunyai kebenaran untuk guna. Dengan membuat tempahan, anda memberi kuasa kepada HotelClub untuk memindahkan butiran kad kredit kepada pihak hotel apabila ia diperlukan.

2. Maklumat HOTEL

2.1. Kemudahan hotel

Sila baca huraian terperinci hotel untuk mengetahui dasar hotel lain yang relevan kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa hotel yang ditempah kami untuk anda bukanlah ekslusif kepada HotelClub. Kami tidak bertanggungjawab atas kekurangan kemudahan yang disebabkan oleh tetamu lain ataupun aktiviti mereka. HotelClub tidak bertanggungjawab untuk kandungan hotel (termasuk imej, senarai kemudahan, dll) yang terpapar di laman web kami. Hotel boleh mengubah kemudahan dan ciri-ciri harta tanpa pengetahuan HotelClub dan ia merupakan tanggungjawab pelanggan untuk mengesahkan hal mengenai kemudahan secara langsung dengan hotel pada masa pelancongan.

2.2. Penafian Peta/Jarak

Sila beri perhatian bahawa maklumat mengenai jarak dari pusat Bandar dan lokasi hotel di peta disediakan untuk untuk tujuan petunjuk sahaja.

2.3. Penarafan Bintang

(a) Taraf bintang diguna untuk melambangkan kualiti keseluruhan, tahap perkhidmatan dan kepelbagaian kemudahan yang tersedia di setiap hotel. Kriteria yang digunakan dalam setiap negara adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan khas yang ditentukan oleh badan-badan pengisuan yang relevan dan dibekekalkan kepada anda semata-mata untuk tujuan maklumat sahaja. Mereka bukan merupakan apa-apa jenis jaminan dari HotelClub.

(b) Setiap penarafan adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Penarafan industri
  • Penilaian dari pasukan hotel kami
  • Maklumbalas pelanggan

(c) Di sini merupakan idea-idea mengenai apa yang boleh dijangkakan dari setiap penarafan bintang:

  • 5 Bintang – Hotel-hotel Mewah: Perkhidmatan dan penginapan yang disediakan adalah kelas pertama. Hiasan hotel biasanya mewujudkan suasana yang elegan dari lobi hingga setiap bilik tetamu atau suite. Restoran hotel sering terkenal dengan tukang masak dan hidangan-hidangan lazat mereka dan biasanya terletak di lokasi yang paling ideal di bandar-bandar utama dan kawasan resort. Kemudahan lain mungkin termasuk: perkhidmatan rencam, perkhidmatan bilik, pusat senaman yang serba lengkap dan pusat perniagaan yang pesat.
  • 4 Bintang – Hotel-hotel deluxe: Memberi keselesaan, kelas dan kualiti kepada anda. Hotel-hotel ini biasanya berada di lokasi utama dan kemudahan-kemudahan lain mugkin termasuk: jarak yang dekat ke kawasan membeli-belah yang diidamkan dan restoran, layanan rencam, perkhidmatan bilik, pusat senaman yang serba lengkap dan pusat perniagaan yang pesat. Hotel-hotel ini mungkin baru dibina atau baru diubahsuai dan menawarkan hiasan yang menarik dalam setiap bilik atau suite.
  • 3 Bintang – Hotel-hotel skala sederhana: Hotel-hotel ini memberikan keselesaan dan kemudahan dan biasanya terletak di bandar atau subbandar. Kemudahan yang mungkin boleh didapati termasuk: kolam renang, pusat senaman, perkhidmatan bilik, layanan rencam dan ruang letak kereta. Sering kali, anda akan menjumpai hotel-hotel ini berhampiran lebuh raya dan kompleks pejabat. Bilk-bilik dan lobi dihias dengan menarik dan restoran biasanya terletak di hotel.
  • 2 Bintang – Hotel-hotel nilai: Hotel-hotel selesa yang ditawarkan pada harga yang berpatutan. Hotel-hotel ini biasanya terletak berhampiran pejabat-pejabat, lapangan terbang dan kawasan membeli-belah serta kawasan runcit. Bilik-bilik dihiasi untuk memberi keselesaan tetapi tidak terlampau elegan. Hotel-hotel ini biasanya tidak mempunyai restoran atau menyediakan perkhidmatan bilik tetapi menawarkan ruang letak kereta percuma dan kadang-kala kolam renang. 
  • 1 Bintang – Hotel-hotel Ekonomi & Motel: Penginapan ringkas yang biasanya terletak berhampiran lebuh raya utama dan pengangkutan. Kemudahan-kemudahan mungkin termasuk ruang letak kereta percuma, panggilan tempatan dan televisyen kabel. Restoran-restoran sering kali terletak berhampiran dan perkhidmatan bilik biasanya tidak disediakan. Sesetengah hotel ekonomi dan motel mungkin mempunyai kolam renang di premis.   

Penafian - Huraian ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran keseluruhan untuk setiap penarafan bintang. Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di setiap hotel mungkin berbeza. Sila semak butiran individu hotel untuk memastikan jenis kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

3. LIABILITI

(a) HotelClub mendapatkan penginapan hotel melalui kadar yang dibekalkan oleh setiap hotel dan tidak menjual lebih yang terdapat di inventori. HotelClub tidak menanggung sebarang liabiliti yang timbul akibat hotel sendiri menjual lebih daripada apa yang mereka ada. HotelClub akan menggunakan segala usaha untuk memastikan maklumat yang tersedia di laman web kami adalah tepat. Walaubagaimanapun, HotelClub tidak boleh dan tidak akan menjamin bahawa laman web kami adalah bebas dari ketidaktepatan yang disebabkan oleh ralat atau kerosakan. HotelClub tidak akan menanggung liabiliti untuk sebarang ralat atau kesalahan yang terkandung di laman web HotelClub dan menyimpan hak untuk menukar maklumat yang dipaparkan (termasuk Syarat Tempahan ini) pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

(b) HotelClub tidak membuat sebarang waranti atau perwakilan tentang kesesuaian mana-mana produk atau perkhidmatan yang diiklankan di laman web kami. HotelClub tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau perbelanjaan tanpa kira sama ada ia tertimbul secara langsung, secara tidak langsung atau secara turutan akibat penggunaan laman web HotelClub atau diakibatkan oleh mana-mana produk atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web kami. Terma ini tidak menjejaskan hak berkanun konsumer yang tidak dapat dikecualikan secara sah.

(c) Peristiwa di luar kawalan kami termasuk: peristiwa luar biasa, peristiwa yang tidak dapat diramalkan atau peristiwa yang tidak dapat dielakkan dan diluar kawalan kami di mana akibatnya tidak dapat dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diambil termasuk tetapi tidak terhad kepada peperangan, ancaman peperangan, rusuhan, maksiat atau persengketaan sivil, tindakan kerajaan, aktiviti pengganas, bencana alam atau bencana industri, kebakaran, cuaca buruk, paras air sungai atau banjir, penutupan lapangan terbang dan pertikaian perindustrian yang melibatkan pihak ketiga, masalah teknikal dan penyelengaraaan atau keputusan operasi penerbangan yang tidak dapat diduga seperti perubahan jadual atau kegagalan pada infrastruktur teknologi maklumat (termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web kami) atau kegagalan untuk menyambung ke internet. Kecuali mana yang telah disebut di Syarat-syarat Tempahan, kami kesal kerana tidak dapat bertanggungjawab atas liabiliti atau membayar apa-apa pampasan di mana perlaksanaan kontrak obligasi kami dihalang atau dijejaskan oleh sebab yang diluar kawalan kami.

4. PRIVASI

Semua maklumat peribadi yang dibekalkan akan dikendalikan selaras dengan Dasar Privasi kami. Dengan melengkapkan tempahan anda, ia menandakan anda bersetuju untuk maklumat anda diproses dan dikendalikan selaras dengan dasar privasi kami yang boleh dilihat di “Dasar Privasi”.

5. PERUBAHAN PADA SYARAT-SYARAT TEMPAHAN

Kami mungkin meminda Syarat-syarat Tempahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih. Jika kami meminda Syarat-syarat Tempahan ini, syarat-syarat yang dipinda akan menjadi efektif apabila ia dipaparkan di laman web kami dan anda dianggap telah menerima perubahan yang relevan.

6. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Syarat-syarat Tempahan adalah di bawah tadbiran dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang New South Wales, Australia. Dengan melengkapkan tempahan anda, anda menyerah kepada bidang kuasa yang tiada pengecualian di mahkamah New South Wales, Australia.