Mengenai Kami

HotelClub adalah komuniti penginapan online global untuk pelancong. Ahli-ahli kami menerima Faedah Kelab setiap kali mereka membuat tempahan hotel dan faedah-faedah merangkumi faedah ekstra percuma apabila mereka menginap, pulangan Ganjaran Ahli sehingga 7%, Perkhidmatan Kelab Keutamaan dan tawaran-tawaran eksklusif hotel. Ganjaran Ahli boleh ditebus bila-bila masa, di mana-mana di seluruh dunia – tiada sekatan. Dengan pilihan penginapan di 7,400 bandar di 141 negara di seluruh dunia, setiap pelancong pasti akan mendapati hotel yang memenuhi keperluaan mereka. Keahliaan adalah percuma dan perkhidmatan boleh didapati dalam 35 mata wang dan 16 bahasa.

HotelClub dikendalikan oleh HotelClub Pty Ltd (ABN 85 092 445 442) yang didaftarkan di Australia dan merupakan sebahagian daripada Orbitz Worldwide Inc (NYSE:OWW). Orbitz Worldwide adalah sebuah syarikat pelancongan online global yang terkemuka yang menggunakan teknologi inovatif untuk membolehkan pelancong menyelidik, merancang dan menempah pelbagai produk pelancongan.

Komitmen Kami

Kami berazam untuk memberikan pengalaman yang memuaskan kepada ahli-ahli kami – dari waktu tempahan dibuat sehingga waktu penginapan

Rakan-rakan Kongsi Hotel Utama - HotelClub membuat pengaturan khas bersama hotel-hotel terkemuka untuk menawarkan tawaran eksklusif dan ekstra kepada ahli-ahli kami. Tetamu kami berasal dari 140 negara dan terdiri daripada pelancong pakar seperti Ahli Platinum kami ke keluarga muda. Jika anda merupakan pembekal hotel dan ingin menyertai komuniti hotel kami, sila tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sekuriti & Privasi – Kami adalah komited dalam keselamatan maklumat dan privasi. Maklumat peribadi dan butiran kad kredit anda disulitkan dengan teknologi minimum 256 bit penyulitan di dalam pangkalan kami yang dihoskan di kemudahan sekuriti tinggi. Untuk maklumat lanjut, lihat Dasar Privasi kami.

Tempah hotel anda dengan penuh keyakinan

Seperti semua kelab yang terbaik, kami mendahulukan ahli kami dalam segala perkara yang kami lakukan. Lebih daripada 1.3 juta pelancong mengamanahkan kami dengan tempahan hotel mereka dan ahli-ahli kami memberi penarafan 9/10 kepada kami di Trust Pilot. Untuk baca lebih mengenai pengalaman mereka, lihat ulasan HotelClub di Trust Pilot atau ulasan HotelClub Better Business Bureau.

Sertai perbualan pelancongan

Kami ingin mendengar tentang pelancongan anda dan gembira mengongsi tips kami. Oleh itu, mengapa tidak sertai perbualan ini? Ikut HotelClub di Twitter, suka HotelClub di Facebook, ikut HotelClub di Google+ atau layari Blog HotelClub.

Gunakan mudah alih

Tempah hotel di mana jua anda berada – muat turun aplikasi iPhone HotelClub atau aplikasi Android HotelClub dan dapatkan tawaran eksklusif mudah alih dengan diskaun sehingga 70% untuk hotel-hotel di seluruh dunia.